'SEGELINTIR MASYARAKAT KITA SUDAH HILANG NILAI AKHLAK' - MENTERI AGAMA

'SEGELINTIR MASYARAKAT KITA SUDAH HILANG NILAI AKHLAK' - MENTERI AGAMA

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar meluahkan kegusarannya dan teguran terhadap sikap pengguna media sosial yang melampaui batas ketika berbicara di platform itu.

Beliau berkata, antara paling teruk dihambur perkataan tidak sepatutnya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebahagian daripada kita ini di media sosial adalah (antaranya) orang berilmu tetapi menggunakan perkataan yang tak terfikir (dihambur terhadap insan lain).

"Perdana Menteri kita macam-macam bahasa (tidak beradab) digunakan terhadap beliau. Segelintir masyarakat kita sudah hilang nilai akhlak," katanya.

Beliau membuat teguran terbuka ketika berucap merasmikan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan 2024 di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Hadir sama pada konvensyen itu adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Qaradaghi yang turut memberikan ucaptama.

Mohd Na'im berkata, agamawan perlu memainkan peranan penting menyampaikan mesej kepada masyarakat berhubung permasalahan itu.

"Biarlah kita berbeza pandangan, kalau politik berbeza pandangan politik, tapi jangan sampai sesekali hilang adab kita.

"Tak tahu adab dan perbezaan sehingga guna perkataan di luar batasan.

"Jadi untuk kita didik masyarakat, tanggungjawab orang yang diberikan ilmu agama untuk mendidik masyarakat supaya tidak ekstrem macam itu.

"Gunakan media sosial ini untuk kebaikan, secara bijak dan berhikmah, untuk meraih pahala yang begitu banyak atau mendidik masyarakat.

"Jangan disalah guna kerana kita bertanggungjawab di hadapan Allah SWT," katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

028912
Hari ini: 207
Minggu Ini: 3,334
Bulan Ini: 2,708
Tahun Ini: 28,912
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.