KEJATUHAN KHALIFAH ISLAM

KEJATUHAN KHALIFAH ISLAM

Kebanyakan umat Islam pada dasarnya, salah faham tentang sifat dan sejarah Zionisme. Zionisme adalah satu ideologi dan gerakan ekstrem, untuk mencari tanah air bangsa Yahudi di Palestin. Untuk memastikan tanah air itu menjadi hak milik bangsa Yahudi sepenuhnya, Zionis tidak hanya memusnahkan penduduk Palestin yang sudah ada, malah turut berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan perpaduan politik umat Islam.

Sebelum Perang Dunia Pertama, tanah air Palestin dikawal dan dilindungi oleh ketua Empayar Islam, iaitu khilafah Uthmaniyyah, di bawah Sultan Abdul Hamid kedua. Khilafah inilah yang menjadi asas sebenar-benarnya, kepada perpaduan politik dan peradaban umat Islam seluruh dunia. Walaupun pada masa itu umat Islam telah berpecah ke wilayah dan negara masing-masing, Khilafah merupakan satu sistem yang merentas sempadan fizikal, dan menyatukan minda dan spiritual ummah.

Menyedari kekuatan yang ada di dalam konsep Khilafah ini, puak Zionis kemudiannya membuahkan rancangan, untuk memusnahkan khilafah semasa Perang Dunia pertama. Lobi Zionis pada zaman itu, memegang pengaruh yang kuat terhadap dasar luar negara Amerika Syarikat. Lobi Zionis ini juga kemudiannya membuat perjanjian dengan Empayar Britain yang berperang dengan Jerman dan Empayar Uthmaniyyah. Lobi Zionis berjanji untuk membawa Amerika Syarikat ke dalam perang dan menyokong Britain, bagi membolehkan Britain mengalahkan pihak Jerman dan Uthmaniyyah.

Tetapi sebagai balasannya, Zionis menuntut komitmen British untuk melucutkan Palestin daripada perlindungan Uthmaniyyah, dan memperuntukkan tanah itu untuk negara Israel. Mereka juga menyuruh Britain untuk memecahkan tanah Arab di bawah jagaan Uthmaniyyah, sekaligus melemahkan lagi Khilafah Islam.

Negara separa seperti Syria, Iraq, Saudi, dan Lubnan, di pecah-belahkan mengikut puak, kaum dan keluarga mereka tersendiri. Tujuan memecahkan tanah Islam kepada negara-negara kecil, adalah supaya mereka lebih mudah dibuli dan dikuasai oleh British, dan sudah tentunya oleh Israel pada masa akan datang. Empayar British bersetuju dengan rancangan ini dan memeterai persetujuan mereka dalam Deklarasi Balfour 1917, yang cukup terkenal.

Perlu dinyatakan juga bahawa Khilafah Uthmaniyyah tidak pernah menyertai Perang Dunia pertama, maupun menjalankan Genosid Armenia. Gerakan Turki Muda, atau ‘Young Turks’, satu gerakan liberal sekular yang bertuhankan ideologi Barat, telah mengawal kerajaan Uthmaniyah sejak rampasan kuasa 1909. Gerakan Turki Muda ini menjadikan Sultan sebagai boneka, dan menekan Sultan untuk menyertai Perang Dunia pertama.

Tidak pernah dalam sejarah Uthmaniyyah, di mana Sultannya melakukan apa-apa jenis kekejaman terhadap kumpulan etnik, walaupun sentiasa diserang oleh musuh Islam dari semua sudut. Mereka sentiasa bertawakkal kepada Allah dan memohon pertolongan dan pertolongan-Nya. Sebaliknya kita melihat contoh orang Serbia, Hungary, Romania, Yunani, diberikan autonomi ke atas wilayah mereka sendiri, dengan pemerintah dan putera-putera mereka sendiri, bernaung di bawah perlindungan dan keselamatan Uthmaniyyah.

Lobi Zionis berjaya membawa Amerika Syarikat ke dalam peperangan, dan ini mengakibatkan kekalahan dan kemusnahan negara Jerman dan khalifah Uthmaniyyah. Secara rasminya, Khilafah Uthmaniyah jatuh pada tahun 1924, iaitu tepat 100 tahun dahulu.

Lalu apabila Khilafah Islam jatuh, maka lahirlah negara Israel, dalam tempoh tiga dekad sejak kejatuhan itu. Dalam perjanjian sulit Sykes Picot pada tahun 1916, kawasan di bawah perlindungan Uthmaniyah dirampas dan dibahagikan oleh kuasa-kuasa Eropah, dengan rakusnya. Perkara ini juga disokong oleh penguasa-penguasa Arab pada waktu itu, yang menyokong kemusnahan Khilafah Islam Uthmaniyah, kerana bukan diketuai raja keturunan Arab.

Apa yang penting bagi kita hari ini, adalah untuk memahami bahawa kewujudan berterusan dan survival negara haram Israel tidak hanya bergantung kepada kehancuran perpaduan politik dan peradaban umat Islam. Ia juga memerlukan perpaduan ummah ini, untuk tidak akan pernah kembali, sama ada pada zaman ini, ataupun pada masa akan datang.

Ini kerana umat Islam yang bersatu, mampu mempertahankan Palestin dan menentang kawalan Israel. Maka setelah menghancurkan Khilafah dengan bantuan dari Amerika Syarikat dan Britain, Zionis meningkatkan perancangan untuk menghalang semua usaha menuju perpaduan ummah. Sama ada usaha melalui pakatan politik, ketenteraan maupun pakatan ekonomi, antara negara-negara Islam. Perancangan ini dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Yinon Israel, yang diterbitkan pada tahun 1982.

Zionis telah melakukan serangan berterusan terhadap umat Islam selama 75 tahun, dengan bantuan Amerika Syarikat dan Britain. Memusnahkan perpaduan umat Islam adalah matlamat utama perang selama dua dekad, berselindung dengan nama Perang Anti-Terorisme. Ia termasuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq, Afghanistan dan Syria. Ia juga merupakan matlamat utama Perjanjian ‘Abraham Accords’. Perpaduan umat Islam adalah ancaman yang terang kepada kehidupan Israel.

Inilah sebabnya Zionis telah melaksanakan rancangan untuk menjatuhkan Khilafah. Begitu banyak sumber dan begitu banyak kempen selama beberapa dekad untuk memastikan perpaduan Islam gagal. Perjuangan menentang Zionisme bukan sekadar mempertahankan rakyat Palestin. Sebaliknya ia adalah tentang mendapatkan semula perpaduan dan kuasa yang telah dilucutkan daripada umat Islam dengan kejatuhan khalifah Uthmaniyyah.

Pada hari ini, kita perhati lahirnya beberapa kumpulan yang mengaku Muslim, seperti gerakan Madkhali, yang mendesak supaya umat Islam menerima Normalisasi dengan negara haram Israel. Bukan secara kebetulan bahawa golongan Madkhali sentiasa menyerang konsep khilafah, dan memomokkan mana-mana orang Islam yang menyeru kepada konsep Khilafah. Mereka menuduh Muslim lain sebagai pengganas, jika memperjuangkan penyatuan ummah di bawah satu khilafah.

Apabila golongan Madkhali ini menyeru kepada normalisasi dengan Israel, mereka bukan sekadar menikam rakyat Palestin dari belakang, malah mereka juga mengancam masa depan tamadun Islam, dan menolak penyatuan ummah

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

035461
Hari ini: 257
Minggu Ini: 1,174
Bulan Ini: 9,257
Tahun Ini: 35,461
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.