ISTIMEWANYA SOLAT DI SISI ALLAH SWT

ISTIMEWANYA SOLAT DI SISI ALLAH SWT

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras.

Di dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat اَقَامَ yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan الصلاة atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (an-Nisaa’: 103)

Sebagai umat Islam, sama ada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini. Sebab itu, Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun lalu supai ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun.

Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
“Wahai Tuhan kami! kurniakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan.” (Surah Ibrahim: 40

Begitu juga kita hendaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat seperti firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang bermaksud:
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya:

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Toha: 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah s.w.t. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah s.w.t. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

2. Solat dapat menghapus dosa.
Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (al-Ankabut: 45)

4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.
Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya berbahagia\berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (al-Mukminun: 1-2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda Nabi s.a.w secara langsung daripada Allah s.w.t, ketika Nabi s.a.w menghadap Allah s.w.t di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Israk Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, yang disampaikan oleh pembawa wahyu.

Ini adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah s.w.t.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

025015
Hari ini: 433
Minggu Ini: 1,483
Bulan Ini: 945
Tahun Ini: 25,015
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.