TAHA HUSAYN PEMIKIR IDEA PEMODENAN MESIR

TAHA HUSAYN PEMIKIR IDEA PEMODENAN MESIR

Seorang sasterawan, pemikir dan pembaharu di Mesir yang mengajukan gagasan lengkap untuk membangunkan Mesir moden ialah Taha Husayn. Beliau memiliki dua nama samara, iaitu ‘Amid al-Adab al-‘Arabi (Dekan Kesusasteraan Arab) dan Qahir al-Zulm (Penakluk Kegelapan). ‘Amid al-Adab al-‘Arabi (Dekan Kesusasteraan Arab) memperlihatkan peranannya sebagai salah seorang tokoh penting dalan kesusasteraan Arab abad abad ke-20, sedangkan Qahir al-Zulm (Penakluk Kegelapan) merujuk kepada kemampuannya menakluki kecacatannya sehingga menjadi seorang tokoh Mesir yang pemikirannya patut dipertimbangkan. Setelah menikah dengan Suzanne Breseau, seorang gadis berbangsa Perancis, Taha Husayn dan isterinya mengharungi dua peradaban, iaitu Mesir dan Barat. Namun Taha Husayn lebih berpengaruh dalam masyarakat dan kebudayaan Mesir daripada Barat.

MANIFESTO KEBUDAYAAN
Taha Husayn menulis buku yang terkenal di dunia Islam mahupun dunia Barat, yang berjudul Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr (Masa depan Kebudayaan di Mesir). Dalam buku itu, beliau mengemukakan gagasannya yang dipandang sebagai manifesto dalam bidang kebudayaan. Beliau berpendapat bahawa menjalinkan hubungan antara Barat dan Mesir sangat penting. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa banyak aspek kebudayaan Barat yang boleh ditiru kerana Mesir adalah juga sebahagian daripada Barat. Dua hal itulah yang menjadi prasyarat kemajuan kebudayaan Mesir pada masa akan datang. Hingga hari ini, lebih daripada satu abad sejak kelahirannya, manifesto yang kontroversial ini masih terus dibahaskan.

MENTERI PENDIDIKAN
Ketika Taha Husayn menjadi Menteri Pendidikan, beliau menerapkan pelbagai pemikirannya tentang pembaharuan system pendidikan, khususnya yang bersangkutan dengan peluasan system sekolah negeri yang moden dan pembaharuan kurikulum. Atas pengaruhnya, pemerintah mengeluarkan arahan untuk mendirikan fakulti umum di Universiti al-Azhar, seperti pertanian dan teknik.

Selain itu, beliau berjaya melembagakan pendidikan bagi seluruh anak Mesir (1950). Salah satu karya Taha Husayn yang paling berpengaruh ialah autobiografinya berjudul Al-Ayyam (Hari). Buku itu mengandungi tiga jilid dan merupakan salah satu buku yang paling banyak dibaca, serta berpengaruh di Timur Tengah dan Afrika Utara.

PENYAKIT OFTALMIA
Ketika berusia 6 tahun, Taha Husayn diserang penyakit oftalmia yang menyebabkannya buta. Namun penyakitnya itu tidak membuatnya patah semangat. Beliau tetap ingin menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Dengan bantuan para saudaranya, beliau dapat belajar al-Quran di sebuah kuttab, sekolah tradisional.

PENGARANG PRODUKTIF
Hasil karya yang ditulis oleh Taha Husayn ialah novel, cerita pendek, kajian sejarah dan kritik sastera. Karya itu ditulis, baik dalam bentuk buku dan artikel. Di samping Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr (Masa Depan Peradaban Mesir), Taha Husayn juga manulis buku yang berjudul Fi al-Syi’r  al-Adabi al-Jahili (Tentang Syair [Sastera] Jahiliah) dan al-Fitnah al-Kubra (Malapetaka Besar dalam Sejarah Islam). Dengan tulisannya itu, Taha Husayn dapat menyingkirkan pelbagai bentuk fanatisme buta yang berkembang di dunia Islam.

TAHA HUSAYN
1889 – Lahir di Magagah, Mesir Selatan
1902 – Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar
1912 – Dinyatakan tidak lulus ujian akhir di Universiti al-Azhar
1914 – Memperoleh gelaran doctor dari Universiti Kaherah
1917 – Menikah dengan Suzanne Bresseau
1919 – Memperoleh gelaran doctor dari Universiti Sorbonne
1936-1938 – Memegang jawatan dekan Fakulti Sastera Universiti Kaherah
1944 – Dilantik menjadi penasihat Kementerian Pendidikan Mesir dan rector Universiti Faruq
1946 – Memperoleh gelaran doctor honoris causa dari Universiti Montpellier
1947 – Diundang secara khusus oleh UNESCO dalam acara kongres di Beirut
1949-1953 – Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Mesir
1951 – Menerima gelaran doctor honoris causa dari Universiti Oxford dan Universiti Athens
1973 – Meninggal dunia.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032649
Hari ini: 218
Minggu Ini: 218
Bulan Ini: 6,445
Tahun Ini: 32,649
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.