KISAH HAYY IBN YAQZAN KARYA IBN TUFAIL

KISAH HAYY IBN YAQZAN KARYA IBN TUFAIL

Dalam karyanya yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan, Ibn Tufail menyatakan bahawa seseorang yang hidup di pulau terpencil dapat menemui kebenaran. Kebenaran yang ditemui melalui berfikir itu sama dengan kebenaran yang diperoleh melalui wahyu. Novel ini mengisahkan seorang tokoh falsafah yang bernama Hayy. Beliau sejak kecil hidup di sebuah pulau terpencil. Dengan mengasingkan dirinya, beliau menemui kebenaran dengan cara berfikir. Dalam novelnya, Ibnu Tufail ingin memaparkan kekuatan akal manusia dan manfaat falsafah melalui watak Hayy. Ibnu Tufail ingin menunjukkan peranan akal manusia sebagai satu kebolehan dan pentingnya berfikir berdasarkan falsafah untuk memahami agama secara lebih mendalam. Novel Hayy Ibn Yaqzan pernah diterjemahkan oleh Peacock eke dalam bahasa Latin dengan judul Philosophicus Autodidactus. Novel ini juga menjadi sumber inspirasi bagi Daniel Defoe untuk menghasilkan karyanya yang berjudul Robinson Crusoe.

NOVEL HAYY IBN YAQZAN
Novel ini mengisahkan seorang bayi yang dibuang ke pulai terpencil. Pulau itu terletak di kawasan penganut Hindu di garisan khatulistiwa. Walaupun hidup bersama-sama binatang, namun kanak-kanak itu tetap membesar seperti manusia.  Akalnya yang berfikir semakin berkembang itu tidak hanya mampu berfikir tentang hal konkrit tetapi juga abstrak. Dengan akalnya, kanak-kanak yang semakin dewasa itu dapat memahami kewujudan Tuhan sebagai Maha Pencipta. Bahkan, melalui gerak hatinya, beliau berasa dekat dengan Tuhan.

ABSAL DAN SALAMAN
Novel Hayy Ibn Yaqzan juga mengisahkan masyarakat yang mendiami sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan pulau yang didiami Hayy. Antara yang hidup dalam masyarakat itu ialah Absal dan Salaman. Mereka menganut agama yang sama, iaitu agama wahyu, namun kedua-duanya memahami teks keagamaan secara berbeza. Absal memahaminya secara kiasan (memahami teks agama tidak secara harfiah) sedangkan Salaman memahaminya secara harfiah seperti masyarakat di pulau itu.

IBNU SINA
Ibnu Sina, ahli falsafah Islam, pernah menulis novel dengan tajuk dan tema yang sama seperti Hayy Ibn Yqazan. Dalam novelnya itu, Ibnu Sina menulis tentang seorang syeikh tua yang mengembara ke seluruh dunia. Ibnu Sina dan rakannya juga disebutkan dalam novel itu. Mereka dikatakan bertemu dan berdialog dengan syeikh tua itu. Banyak pengetahuan yang disampaikannya kepada Ibnu Sina dan rakannya.

IBNU TUFAIL
Nama penuh pengarang Hayy Ibn Yaqzan ialah Abu Bakar Muhammad bin Abdul Malik bin Muhammad bin Tufail (m.d. 1185). Di Barat, ahli falsafah Arab ini dikenali dengan nama Abu Bacer. Beliau lahir pada dekad pertama abad ke-6 H/12 M di Wadi-Ash, Sepanyol. Novel karangannya yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan merupakan salah satu buku lain yang beredar pada abad pertengahan. Di samping menjadi pengarang, Ibnu Tufail juga pernah menjadi doktor dan ketua pemerintah wilayah.

PENYEBERANGAN ABSAL
Bahagian lain dalam novel Hayy Ibn Yaqzan mengisahkan penyeberangan Absal ke pulau yang didiami Hayy. Walaupun kedua-duanya memperoleh pemahaman keagamaan melalui cara yang berbeza, ternyata mereka mempunyai pemahaman yang sama tentang keagamaan, seperti Tuhan, syurga, neraka dan hari kebangkitan.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032540
Hari ini: 109
Minggu Ini: 109
Bulan Ini: 6,336
Tahun Ini: 32,540
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.