KEWUJUDAN SUKU KURDI

KEWUJUDAN SUKU KURDI

BANGSA KETURUNAN INDO-EROPAH yang menduduki wilayah Kurdistyan (tanah orang Kurdi) disebut suku Kurdi. Wilayah yang sebahagian besar terdiri daripada kawasan pergunungan itu kini meliputi bahagian utara Iraq, bahagian timur Turki, bahagian barat daya Iran dan sebahagian kecil Syria. Ada juga orang Kurdi yang mendiami wilayah Kaukasus. Jumlah mereka dianggarkan sekitar 15 juta orang. Bahasa Kurdi hamper sama dengan bahasa Parsi, walaupun asal usul bangsa mereka tidak diketahui secara pasti. Sebahagian besar orang Kurdi sudah memeluk agama Islam sejak abad ke-17. Meskipun telah lama berusaha mendapatkan kemerdekaan, hingga kini bangsa Kurdi masih belum mempunyai Negara sendiri.

KURDISTAN RAYA
Kurdi ialah sebuah bangsa tanpa Negara. Orang Kurdi telah berusaha berkali-kali untuk mencapai kemerdekaan dan membentuk Negara sendiri, namun hingga kini usaha itu belum berjaya. Akhirnya, sejumlah orang Kurdi mula meninggalkan cita-cita mereka dan menubuhkan sebuah Kurdistan Raya kerana mereka terus mengalami kegagalan. Mereka mula bersikap realistic dan menerima tawaran pemberian autonomi dari Negara tempat tinggal mereka dan mula menyesuaikan diri serta berintegrasi dengan Negara baru mereka itu. Wanita suku Kurdi dengan pakaian tradisional mereka. Sejak dahulu, orang Kurdi hidup berpindah- randah (nomad).

Namun selepas Perang Dunia Pertama, ketika banyak Negara menetapkan sempadannya, suku Kurdi mula terdesak dan terpaksa menetap di kawasan mereka bermukim. Meskipun merupakan komuniti besar, mempunyai bahasa serta kebudayaan sendiri, bahkan menduduki wilayah tertentu, orang Kurdi hingga kini belum mempunyai negara sendiri.

CARA HIDUP
Sejak zaman prasejarah, orang Kurdi berburu di wilayah pergunungan yang telah dikuasai mereka. Kini, masih ada beberapa suku Kurdi yang mempertahankan cara hidup berpindah-randah, sementara yang lain sudah mula duduk tetap. Mereka yang menetap di kawasan tertentu hidup bertani, manakala yang lainnya mencari bahan makanan di pergunungan pada masa panas dan kembali ke kampong mereka di lembah pada musim dingin.

AGAMA
Sebahagian besar orang Kurdi memeluk agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebahagian mereka adalah pengikut Tarekat Qadiriyah dan Naqsyabandiah, yang mula berpengaruh kuat di wilayah Kurdistan sejak abad ke-19. Sementara itu, orang Kurdi yang tinggal di sebelah selatan  Iran dan tenggara Iraq menganut Islam Syiah. Yang selebihnya, iaitu sebahagian kecil orang Kurdi merupakan penganut agama Kristian, Ortodoks dan Yahudi.

SYEIKH IBRAHIM 
Banyak tokoh terkenal bangsa Kurdi yang berperanan besar dalam Islam. Salahuddin Yusuf al-Ayubbi, panglima Islam terkenal dalam Perang Salib, ialah orang Kurdi, Jafar bin Hasan bin Abdul Karim (1690  1766), penulis kitab Iqd al- Jawahir (Rantai Pertama) atau Barzanji, merupakan keturunan Kurdi dari daerah Barzinji. Selain itu, banyak ulama di tanah suci Makkah, seperti Syeikh Ibrahim (1615- 1690) yang pernah menjadi guru kepada beberapa ulama dari Asia Tenggara.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032505
Hari ini: 74
Minggu Ini: 74
Bulan Ini: 6,301
Tahun Ini: 32,505
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.