AL-FALAH MADANI

ABSTRAK

Dunia hari ini adalah dunia pasca-kebenaran, dan umat Islam khususnya di Malaysia berhadapan dengan pelbagai suasana negatif dalam aspek sosio-politik yang membimbangkan, oleh kerana beberapa faktor. Antaranya adalah faktor penyebaran maklumat dan berita palsu, penyebaran fitnah, serta hilangnya adab dan akhlak yang berleluasa di media sosial.

Secara sedar, suasana ini menggugah fikiran masyarakat untuk sama-sama melibatkan diri dalam ‘kekalutan’ yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Malangnya, tuduhan, tohmahan dan fitnah yang tersasar daripada hakikat yang sebenarnya itu meresap ke dalam fikiran masyarakat, lantas mewujudkan tanggapan bahawa apa yang diterima itu adalah suatu yang benar.

Justeru, suatu tindakan harus dilakukan untuk menangani permasalahan ini. Setiap kekeliruan yang timbul harus ditangani, dijawab dan diselesaikan berdasarkan situasi dan fakta yang benar. Jawapan dan jalan penyelesaian itu pula harus bersandarkan ilmu dan pendekatan tertentu dengan serius. Masyarakat Islam perlu didedahkan dengan suatu wadah yang autentik atas talian, yang dapat ‘membela’ diri mereka dan juga agama Islam.

ALFALAHMADANI.MY


Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.

Kandungan yang diterbitkan menerusi portal ini akan berteraskan perkongsian, perbahasan dan perenungan intelektual yang boleh diadunkan dalam apa sahaja sudut pandangan, perspektif dan garapan teori, selaras dengan tema ‘Membangun Peradaban Cemerlang’.

Akhirnya, portal Alfalahmadani.my berusaha untuk meletakkan pengetahuan, baik fakta dan penafsirannya dalam konteks dan falsafah yang sepatutnya, namun tidak berusaha untuk mendominasi pemikiran khalayaknya. Setiap orang yang membaca dan berinteraksi dengan media yang disiarkan, boleh menyampaikan pandangan atau kritikan konstruktif dan tidak bersifat hegemonik. Ini kerana dunia pengetahuan sentiasa terbuka dengan perkembangan dan kedinamikan pemikiran manusia, dengan syarat tidak hadir dalam bentuk ‘saling menyerang’ dan terbuka menerima ‘kebaikan’, dengan pemikiran yang jernih dan hasrat yang sama, iaitu tidak menangkis dan mempertikaikan pesan-pesan agama, sehingga boleh menimbulkan konflik dan ‘perbalahan’ yang tidak pernah berpenghujung.

OBJEKTIF


Objektif portal Alfalahmadani.my adalah seperti berikut;

● Merungkai isu-isu semasa berkaitan umat Islam dalam negara
● Menguatkan kesatuan umat Islam melalui perbincangan intelektual yang merentasi kecenderungan politik dan status sosial masyarakat
● Menangkis berita palsu dan fitnah dengan kandungan berasaskan fakta
● Memupuk keharmonian antara umat Islam dan bukan Islam melalui perbincangan kesefahaman
● Membangunkan adab dan akhlak masyarakat di wadah media sosial melalui kandungan nasihat berasaskan ajaran Islam


MEDIA MERENTASI PLATFORM


Alfalahmadani.my memahami bahawa untuk mencapai objektif, perlu wujud
kandungan media yang merentasi platform-platform media sosial zaman ini. Maka
dengan itu, setiap kandungan seperti artikel penulisan akan direplikasi dan dikongsi
melalui;
● Laman sesawang Alfalahmadani.my
● Laman Facebook Alfalahmadani.my
Kandungan melalui dua platform ini akan diterbitkan dalam bentuk penulisan (berita, artikel, sudut pandangan, dsb.). Tambahan juga, kedua platform ini membuka ruang untuk maklum-balas masyarakat awam sama ada melalui e-mail dan ruang komen (Facebook).

RASIONAL LOGO


Bintang lapan (octagon) atau astakona melambangkan simbol kepada pembentukan sebuah peradaban baharu, manakala octagon kedua, melambangkan nilai dan kejayaan peradaban Islam yang lama (zaman klasik) yang masih berakar dalam falsafah pemikiran umat Islam sekarang. Octagon adalah salah satu bentuk simbol geometri yang sentiasa hadir dalam kesenian Islam termasuk pada hiasan dinding di masjid, pintu masjid, dan juga estetika seni sejak zaman permulaan Islam lagi. 

Warna kuning emas bererti kegemilangan atau mencapai suatu bentuk kejayaan. Warna hijau melambangkan nilai-nilai Islam yang kudus, suci dan harmoni. Warna putih melambangkan hakikat diri seorang mukmin, suci bersih dalam prakarsa ilmu dan amal. Warna hijau muda mewakili nilai dan semangat zaman, kemajuan teknologi dan kebitaraan.

Kebitaraan bermaksud keunikan dan tiada taranya. Peradaban Islam adalah satu-satunya peradaban yang meletakkan agama sebagai pandangan falsafah paling atas kerana peradaban yang mengenyahkan agama tidak cenderung kepada keadilan sosial yang merata, lebih cenderung kepada keselesaan peribadi dan pemenuhan kehendak bersifat material.

Sembilan octagon yang berada di tengah-tengah logo melambangkan kaedah, strategi dan cara untuk menggilap pemikiran berdasarkan rukun Islam, rukun Iman, ihsan, toleransi, kasih sayang, dialog konstruktif, berhemah, pematuhan (peraturan, fatwa dan ijtihad) dan keseimbangan (fikiran, hati dan nurani sejajar dengan pendekatan tasawuf atau kehambaan diri kepada Maha Pencipta). Kesemua lingkaran astakona yang tersusun secara bertindih itu melambangkan kesepaduan antara jasmani, intelektual, rohani dan emosi.

KESIMPULAN


Dengan hidayah Allah SWT, keyakinan, usaha dan sokongan daripada pelbagai pihak, bangunnya portal Alfalahmadani.my ini akan menjadi wadah penyaluran maklumat yang relevan dengan suasana persekitaran semasa dan menjadi antara portal pilihan utama umat Islam khasnya dan masyarakat keseluruhan amnya dalam mencari sumber maklumat yang benar, tepat dan bertanggungjawab.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

028912
Hari ini: 207
Minggu Ini: 3,334
Bulan Ini: 2,708
Tahun Ini: 28,912
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.