MUHAMMAD ABDUH PELOPOR INSTITUSI PENDIDIKAN MESIR MODEN

MUHAMMAD ABDUH PELOPOR INSTITUSI PENDIDIKAN MESIR MODEN

Muhammad Abduh ialah seorang sarjana, mufti (penasihat hukum Islam) tokoh pembaharuan liberal terkenal kelahiran Mesir. Bersama pembimbingnya, Jamaluddin al-Afghani, beliau mempelopori gerakan pembaharuan Islam abad ke-19 untuk menggiatkan semula ajaran dan institusi Islam di dunia moden. Sebagai mufti Mesir, beliau banyak membuat pembaharuan terhadap hukum Islam.

Semasa ditentang oleh para ulama konservatif, Abduh cuba memudahkan amalan keagamaan dan dogma Islam. Keprihatinannya terhadap sistem pendidikan tradisional Islam mendorongnya melakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan di Mesir secara meyeluruh, khususnya di Universiti al-Azhar, tempat beliau pernah belajar.

Sebagai seorang mufti, Abduh berjaya membuat beberapa perubahan dalam hukum Islam dan masalah wakaf yang mempunyai kesan besar di Mesir. Beliau juga menyuarakan beberapa masalah lain yang berkaitan dengan hukum Islam, misalnya faedah bank bukanlah riba yang diharamkan oleh al-Quran.

RISALAH AT-TAUHID MUHAMMAD
Abduh menulis banyak karya. Karya yang paling menonjol ialah Risalah al-Tauhid, sebuah buku tentang teologi yang menyebut tentang sifat-sifat Tuhan. Buku ini digunakan bagi peringkat pendidikan menengah. Karya lainnya yang terkenal ialah Tafsir al-Manar. Karya ini disusun oleh muridnya, Rasyid Rida, berdasarkan ceramah yang diberi oleh Abduh. Disebabkan Abduh meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan tafsiran seluruh ayat al-quran, maka Rasyid Rida yang menyelesaikannya.

AL-WAQA’I’ AL MISRIYYAH
Pada 1880, Abduh menjadi pemimpin siding pengarang al-Waqa’i’ al-Misriyyah, akhbar pemerintah yang banyak memuatkan berita dan ulasan tentang masalah sosial, politik, hukum agama dan pendidikan. Beliau menjadikan akhbar sebagai media untuk menyuarakan penentangannya terhadap campur tangan Britain dan Perancis di Mesir, dan gagasannya tentang pembaharuan sosial dan agama. Semasa berlaku pemberontakkan Urabi Basha pada 1882, beliau didakwa terlibat, lalu diasingkan.

JAMALUDDIN AL-AFGHANI
Ketika belajar di al-Azhar, Abduh pernah berkenalan dengan Jamaluddin al-Afghani. Seorang pelopor pan-Islamisme yang singgah di Kaherah. Daripada perkenalannya ini, Abduh kemudian berguru dengan al-Afghani. Beliau mendalami pengetahuan tentang teologi, falsafah politik dan kewartawanan dengan al-Afghani. Pemikiran Abduh juga banyak dipengaruhi oleh al-Afghani.

Sebagai mengenang jasa Muhammad Abduh dalam pembaharuan sistem pendidikan di Mesir, auditorium Muhammad Abduh dibina di Kompleks al-Azhar.

AL’URWAH AL-WUSQA
Pada 1884, Abduh pergi ke Paris dan bertemu al-Afghani. Mereka membentuk gerakan al-‘Urwah al-Wusqa dan menerbitkan majalah dengan nama tersebut lalu diedarkan di Mesir, India dan Wilayah lain. Malangnya, majalah tersebut hanya terbit selama beberapa bulan. Setelah itu, abduh menetap di Beirut selama tiga tahun dan mengajar teologi di sebuah sekolah tinggi. Di sinilah beliau bertemu Rasyid Rida.

MUHAMMAD ABDUH
1849 – Lahir di sebuah desa berhampiran delta Sungai Nil, Mesir.
1862 – Ke Tanta untuk belajar agama dengan Syeikh Ahmad
1866 – Ke Kaherah untuk belajar di al-Azhar
1871 – Bertemu al-Afghani
1877 – Memperoleh gelaran sarjana dan mengajar di al-Azhar.
1878 – Mengajar di Dar al-Ulum
1882 – Ditangkap, dipenjarakan kemudian dibuang negeri
1884 – Bersama al-Afghani mengasaskan dan menerbitkan al-‘Urwah al-Wusqa
1885 – Menetap di Beirut dan mengajar di sana
1888 – Kembali ke Mesir
1894 – Menjadi anggota Majlis A’la (majlis pentadbiran) al-Azhar
1899 – Menjadi mufti dan anggota Majlis Syura (majlis perundangan) Mesir
1905 – Meninggal dunia

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032423
Hari ini: 159
Minggu Ini: 1,538
Bulan Ini: 6,219
Tahun Ini: 32,423
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.