AVENPACE AHLI FALSAFAH MASYHUR SEPANYOL

AVENPACE AHLI FALSAFAH MASYHUR SEPANYOL

ABU BAKAR Muhammad ibn Yahya al-Saigh at-Tujibi as-Sarakusti, yang dikenali sebagai Ibnu Bajjah atau Avempace, Avenpace, juga Aben pace, berasal dari keluarga al-Tujib. Bagaimanapun, nama singkatnya yang terkenal adalah Ibnu Bajjah atau Ibnu Saligh.

Riwayat hidupnya sebagai pengumpul dan pengamal ilmu hanya sedikit yang dapat diketahui secara lengkap. Beliau dikatakan anak kepada seorang tukang emas yang mahir dan dilahirkan di Saragoza, Sepanyol atau daerah sekitarnya menjelang akhir abad ke-5 H / ke-11 Masihi.

Semasa belianya, Ibnu Bajjah meneruskan pengajiannya di Saragoza, dan ketika beliau melangkah ke Granada, beliau telah menjadi sarjana bahasa dan sastera Arab yang ulung serta menguasai 12 bidang ilmu pengetahuan.

Ibnu Bajjah menjadi terkenal sebagai salah seorang ahli falsafah Muslim Arab terbesar dari Sepanyol. Bahkan, Ibnu Khaldun mengatakan bahawa ilmu beliau setanding dengan Ibnu Rusyd di Barat, serta al-Farabi dan Ibnu Sina di Timur. 

Menurut Ibnu Khaldun lagi, beliau tercatat juga sebagai salah seorang penyair dan beliau juga adalah orang yang bersama-sama dengan Ibnu Thufayl yang melontarkan kritikan terhadap pendapat-pendapat Ptolemy.

Keilmuan dan buah fikirannya terus mencapai kemuncak apabila beliau menetapkan suatu sistem yang didasarkan semata-mata hanya pada siklus eksentrik dengan berasaskan pada kosmologi Aristotles. Malah, Al-Biruni atau Alpetragius adalah salah seorang muridnya yang kemudian terkenal dengan teori gerak spiral.

Pada tahun 503 H / 1110 M, pada masa Saragoza jatuh ke tangan Almoravid, Ibnu Bajjah ketika itu berusia 20 tahun dan telah menjawat sebagai wazir kepada Gabenor Berber, Abu Bakr bin Ibrahim as-Sahrawi, yang lebih dikenali dengan nama Ibnu Tifalwit.

Beberapa sumber lain juga ada menyebutkan bahawa beliau menjawat sebagai wazir kepada kesultanan Furcia. Selama memegang jawatan sebagai wazir, Ibnu Bajjah melaksanakan tugas sebagai duta kepada Imad ad-Dawla, penguasa Saragoza sebelum Ibnu Tiwalfit, yang mempertahankan kemerdekaannya di Ruta.

Kehidupan beliau begitu tragis apabila beliau dimasukkan ke dalam penjara selama beberapa bulan kerana dituduh sebagai pengkhianat. Pada saat pembebasannya, beliau tidak kembali lagi ke Saragoza, tetapi melangkahkan kakinya ke Valencia dan ketika itu dikatakan bahawa Ibnu Tifalwit telah meninggal dunia pada tahun 510 H / 1117 M.

Tidak beberapa lama kemudian, orang-orang Kristian telah menyerang dan berjaya menakluki Saragoza pada bulan Ramadan 512 H / Disember 1118 M. Setelah itu, Ibnu Bajjah bersiap untuk pergi ke Seville (barat Sepanyol). Bagaimanapun, menurut Ibnu Khaqan, beliau ditangkap dan dimasukkan lagi ke dalam penjara oleh Almoravid Ibrahim bin Yusuf bin Tashutin.

Setelah bebas atas bantuan kakak Ibnu Rusyd, beliau telah pergi ke Seville. Dari kota ini beliau pergi pula ke Fez dan meninggal dunia di sana pada bulan Ramadan 533 H / Mei 1139 M.

Sejarah mengenai catatan lengkap kehidupannya masih dapat diperoleh dalam buku Ibnu Khalikan, Biographical Dictionary jilid 111 terbitan 1842 M. Begitu juga dalam biografi karangan Ibnu Abi Ushaybiah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh De Gayangs.

Menyentuh mengenai hasil karyanya, Ibnu al-Imam menyatakan bahawa penulisan Ibnu Bajjah amat terperinci, malah mencakupi psikik Aristotles, asas-asas fikiran al-Farabi dalam ilmu logik, serta karya penulisannya merangkumi bidang politik yang berjudul The Conduct of The Solitary  (Arab: Tadbir al-Mutawahhid) dan Epistle on The Conjuction.

Dalam ilmu falsafah pula, Ibnu Bajjah menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.

Menurutnya lagi, ada perkara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan menggunakan logik. Jadi, Ibnu Bajjah mempelajari ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahaminya hal-hal yang berkaitan dengan metafizik. 

Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibnu Bajjah untuk menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibnu Bajjah, benda tidak mungkin wujud tanpa rupa, tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud.

Minatnya yang mendalam mengenai soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan metafizik jauh mengatasi bidang ilmu yang lain meskipun beliau mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan, algebra, dan sebagainya.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032457
Hari ini: 26
Minggu Ini: 26
Bulan Ini: 6,253
Tahun Ini: 32,457
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.