KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

Peranan Islam sebagai agama seiring dengan peranan Muhammad s.a.w sebagai Rasul yang diutus Allah swt kepada segenap manusia, tanpa sempadan kebangsaan, geografi dan batas-batas waktu. Bahkan Islam dan Nabi Muhammad saw sendiri dikurniakan oleh Allah Taala kepada segenap alam dan manusia, sebagaimana firmanNya ; Dan tiadalah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( Al-Anbiya ayat 107 )
 
Islam tidak membezakan suku bangsa dan warna kulit manusia kerana semuanya ialah hamba Allah, bahkan perbezaan bangsa dan warna kulit itu juga merupakan suatu rahmat daripada Allah kepada hambaNya, agar mereka dapat saling kenal mengenal dan bantu-membantu dalam menempuhi kehidupan.
 
Selain menghormati manusia lain dari segi keturunan, bangsa dan budayanya, Islam juga menganjurkan agar umatnya memelihara hubungan dengan penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksd ;
 
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.  (Al-Muntahanah ayat 8)
 
Firman Allah ini dengan tegas menunjukkan bahawa umat Islam dikehendaki berlaku baik dan bersikap adil kepada penganut lain. Ayat ini juga tidak melarang umat Islam untuk bergaul secara baik serta bersikap jujur terhadap penganut agama lain, sama ada mereka penganut agama samawi (Yahudi, Nasrani) mahupun agama wadi atau agama yang timbul daripada hasil percikan pemikiran budaya manusia, selama mereka tidak memerangi Islam dan tidak mengusir umat Islam dari kampong halamannya. Dalam masa yang sama, seorang muslim hendaklah mampu membezakan kepercayaan dengan pergaulan setiap masa.
 
Kita juga harus belajar menghormati agama lain dan dalam masa yang sama  patuh ke atas agama yang dianuti. Kalau boleh kita usahakan dialog etika dan kerjasama social,mencari kesamaan-kesamaan nilai-nilai hidup bersama secara social, seperti mengembangkan global ethics
 
Kerjasama antara umat manusia tanpa melihat latar belakang agama, etnisiti dan kelompok adalah dianjurkan oleh Islam agar setiap individu ataupun kelompok saling berlumba dalam melakukan kebajikan untuk membangun dunia yang lebih harmoni. Ini membuktikan bahawa sistem masyarakat dalam Islam adalah amat terbuka dan dapt diterima oleh semua bangsa dan agama, kerana Islam juga tidak pernah memaksa penganut lain untuk menganuti agamanya. Bahkan Islam juga tidak secara terperinci dan kritis menghalang agama lain denga prinsip dan etika tertentu. 
 
Islam sering menganjurkan prinsip toleransi, saling berhubung dan mementingkan moral serta kehidupan bermasyarakat. Islam tidak mengunjurkan perilaku negatif dan melancarkan tindakan ganas seperti membakar pusat-pusat ibadah agama lain, malah Islam menghormati agama lain dan tidak menakutkan penganut agama lain. Islam mementingkan perdamaian dan inti dasar Islam sebenarnya membentuk perilaku manusia yang baik, luhur, berbudi tinggi dan menghormati setiap makhluk sebagaimana tujuan sebenar manusia memerlukan agama.
 
Sejarah panjang umat Islam telah melahirkan teladan bagi paham kemajmukan dan kebebasan beragama, selain masalah-masalah. Kebebasan beragama juga diterapkan dalam konstitusi Madinah ( Mitsaq Al-Madinah ) dalam ruang dan waktu ketika itu. Pada dataran struktural dan politik, Nabi Muhammad s.a.w. berusaha mencari titik pertemuan dengan pelbagai golongan di Madinah dengan terlebih dahulu mengakui hak eksistensi masing-masing kelompok dalam dokumen ini, meskipun kemudian ada pelanggaran-pelanggaran. Nabi sendiri telah memberi contoh untuk golongan religius-sekular ketika beliau bersabda, Aku hanyalah seorang manusia, jika aku periontahkan sesuatu yang bersangkut dengan agama, taatilah, dan jika kuperintahkan sesuatu dari pendapatku sendiri, pertimbangkanlah dengan mengingatkan kepada aku hanyalah manusia. Atau ketika beliau bersabda, kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.
 
Khalifah kedua, Umar ibn al-khattab, meneruskan sunnah Nabi itu dalam sikapnya terhadap penduduk Jurusalem, dalam dokumen yang kemudian dikenal sebagai  Piagam Aelia  para ulama dan pemimpinnya telah lama mengembangkan pluralisme  yang hanya meliputi kaum yahudi dan kristian beberapa aliran dan sektenya yang secara nyata disebutkan di dalam al-quran sebagai ahlulkitab, tetapi juga mencakup golongan-golongan agama lain.
 
Kaum majusi atau Zoroastrian sudah sejak zaman Nabi dipesankan agar diperlakukan Ahlulkitab, dan itulah menjadi kebijakan Khalifah Umar. Begitulah jeneral Muhammad ibn Qassim, ketika pada tahun 711 membebaskan lembah Indus dan melihat orang-orang Hindu di kuil mereka, dan setelah diberitahu bahwa mereka itu juga mempunyai kitab suci, Mengutip Max I Dimont ( The Indesstuctible Jews New York, 1973), menjalankan politik kemajmukan yang mengesankan orang-orang Islam, Kristian. Tapi kerukunan itu menghasilkan percampuran agama ( bloodlines even more than religious affiliation).

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016743
Hari ini: 178
Minggu Ini: 1,548
Bulan Ini: 1,883
Tahun Ini: 16,743
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.