KUOTA HAJI 31,600, RAYUAN 85,000

KUOTA HAJI 31,600, RAYUAN 85,000

ALOR SETAR — Rayuan untuk menunaikan haji tahun ini adalah 85,000, hampir tiga kali ganda daripada kuota 31,600 jemaah yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,

Justeru, beliau berharap Kerajaan Arab Saudi akan mempertimbang permohonan Malaysia untuk mendapatkan tambahan 10,000 kuota haji.

“Kita sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada Kerajaan Arab Saudi bulan lalu. Malam tadi (kelmarin) saya juga menghantar mesej kepada rakan sejawat saya, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Al-Rabiah, bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai rayuan itu.

Saya yakin Kerajaan Arab Saudi akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap permintaan kita,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 100 keluarga kurang berkemampuan di Kuala Sungai, di sini..

Program berkenaan dianjurkan Majlis Belia Malaysia (MBM) Cawangan Kedah dengan kerjasama Yayasan Taqwa, di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mohd Na’im berkata, rayuan yang diterima akan dipertimbang, termasuk mengisi kekosongan pendeposit yang menolak tawaran atas alasan kesihatan atau sebab lain.

Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Tabung Haji (TH) Datuk Syed Hamadah Syed Othman, dilaporkan berkata penerbangan pertama jemaah haji yang dijadualkan pada Selasa ini, manakala penerbangan terakhir ialah pada 30 Mei.

Sumber: bebasnews.my/

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032778
Hari ini: 106
Minggu Ini: 347
Bulan Ini: 6,574
Tahun Ini: 32,778
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.