AL-MAWARDI PAKAR TEORI KENEGARAAN

AL-MAWARDI PAKAR TEORI KENEGARAAN

Salah seorang ahli fikih terkenal dari Mazhab Syafi’e adalah al-Mawardi. Beliau lahir di Basra pada masa pemerintahan Abbasiyah. Nama lengkapnya adalah Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Al-Mawardi muncul tatkala era politik ketika itu dikuasai oleh model pemerintahan yang tertutup, sehingga para ilmuan sukar untuk mengembangkan gagasan politik atau sistem pemerintahan mereka.

Sistem kerajaan harus diterima bulat-bulat, dan tidak seorang pun berani berfikir atau mencari alternatif lain. Al-Mawardi bangkit dengan berani cuba menembus kebuntuan itu. Kendati gagasan politik tidak sehebat gagasan pemikir Eropah, al-Mawardi dapat di sejajarkan dengan penggagas sistem politik moden lain. Beliau wafat pada 1058 M dalam usia 83 tahun dan dimakamkan di Baghdad.

Al-Mawardi berpendapat, negara ketika itu adalah sebuah kesatuan komuniti yang dipimpin oleh seorang khalifah yang memiliki autoriti penuh, baik yang diperolehi melalui proses pemilihan mahupun populariti. Hubungan antara pemimpin negara (khalifah) dan warganya adalah hubungan kontrak yang diikat dalam bai’ah. Bai’ah penguasa boleh dilakukan secara umum di hadapan seluruh rakyat, mahupun dilakukan di depan majlis syura (wakil-wakil rakyat)

Buku-buku hasil tulisan Al-Mawardi di kebanyakannya berkisar mengenai fikih dan politik. Antara karyanya yang terkenal adalah Kitab al-Hawi, Siyasah al-Mulk dan Qawanin al-Wizarah. Namun begitu, karya yang terpenting dan kerap dibicarakan oleh orang ramai adalah al-Ahkamas-Sultaniyyah. Dalam buku inilah al-Mawardi mengungkapkan teori-teori politiknya bermula daripada permasalahan dalam mencakupi siapa yang berhak memerintah, model pemilihan pemerintah, hingga hak dan kewajipan setiap penguasa dan warganegara. Buku ini adalah karya pertama dalam bidang politik yang ditulis secara cukup sistematik. Karya-karya mengenai politik sebelum al-Mawardi umumnya ditulis dalam satu paket buku fikih.

Abu al-Hasan al-Mawardi menghabiskan masa remajanya di kota kelahirannya, Basra, Iraq. Beliau mempelajari ilmu-ilmu agama dan ilmu umum di beberapa buah lembaga pendidikan di Basra. Sejak kecil, al-Mawardi bercita-cita menjadi pegawai negeri serta berkhidmat untuk khalifah. Demi mencapai cita-citanya itu, beliau mendalami ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang pada saat itu hanya boleh diperolehi dalam bidang hukum politik serta jumlah pusat yang menawarkannya agak terbatas. Setelah menyelesaikan pelajaran ilmu pengurusan dan pentadbiran negara, al-Mawardi bekerja sebagai hakim di sebuah daerah. Kariernya terus melonjak hingga akhirnya menjadi hakim untuk daerah paling istimewa iaitu Baghdad, ibu kota kerajaan Islam, Abbasiyah.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032163
Hari ini: 92
Minggu Ini: 1,278
Bulan Ini: 5,959
Tahun Ini: 32,163
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.