Ucapan BASMALAH berasal dari ayat yang berbunyi Bismi Allah ar-Rahman ar-Rahim. Ayat ini biasa diertikan dengan “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”. Basmalah merupakan satu dari tiga bagian Al-Quran. Dua bagian yang lainnya adalah surah al-Fatihah dan isi Al-Quran itu sendiri secara keseluruhan yang berjumlah 113 surah, dari surah al-Baqarah sampai surah an-Nas. Atas dasar pembagian itu, maka ada musafir dan ulama yang menyebut basmalah sebagai ayat tunggal. Jika surah al-Fatihah disebut oleh para mufasir dan ulama sebagai intisari Al-Quran, maka basmalah disebut sebagai intisari al-Fatihah. Dengan demikian dalam ayat basmalah terkandung intisari Al-Quran
Setiap pekerjaan yang baik, sunah dimulai dengan membaca basmalah. Hal ini didasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan basmalah adalah kurang berkat.” Dalam sebuah hadis kudsi, Allah SWT juga berfirman: “Apabila hamba-Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama-Ku, maka menjadi kewajiban-Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku-berkati seluruh keadaannya.
Ada ulama yang berpendapat bahawa basmalah bukan bagian dari surah al-Fatihah, melainkan ayat tersendiri. Kerana itu, di Mekah dan Madinah, imam solat tidak membaca basmalah ketika membaca al-Fatihah. Pendapat itu didasarkan kepada riwayat Imam Malik bahawa para sahabat Nabi tidak membaca basmalah ketika membaca surah al-Fatihah. Pandangan serupa dikemukakan Imam Abu Hanifah yang menilai sahih beberapa hadis yang memberitakan bahawa Nabi SAW dalam mengerjakan solat tidak mendengar membaca basmalah. Pandangan yang kemudian dianut secara rasmi oleh Mazhab Hanafi adalah bahawa basmalah dapat dibaca dalam solat tetapi tidak dengan suara nyaring.
Sebagian ahli tafsir, seperti Ibrahim al-Biqa’i, menyatakan bahawa huruf-huruf dalam basmalah yang berjumlah 19 memiliki rahsia tersendiri. Di antaranya adalah sebagai simbol penghindaran seseorang dari ancaman para penjaga neraka yang menurut Al-Quran jumlahnya 19 malaikat (Q.74:30). Dengan demikian, jika kita sering membaca basmalah, kita akan terhindar dari azab neraka. Ucapan untuk menolak perkara yang buruk iaitu la haula wa la quwwata illa bi Allah, juga terdiri dari 19 huruf.
Ketika membaca surah-surah dalam Al-Quran, dianjurkan untuk memulainya dengan basmalah, kecuali membaca surah at-Taubah. Basmalah pada surah at-Taubah dibaca ditengah surah atau beberapa ayat setelah ayat pertama. Hal ini kerana surah at-Taubah berisi kemarahan Tuhan dan pernyataan perang kaum muslim terhadap orang-orang musyrik, sedangkan bacaan basmalah mengandung perdamaian dan cinta kasih Allah SWT. Pendapat lain mengatakan bahawa para sahabat tidak dapat memastikan apakah surah at-Taubah merupakan surah tersendiri, atau bagian dari surah al-Anfal. Pemisahan yang kemudian dilakukan menjadi surah sendiri adalah hasil kompromi para musafir pada saat penyusunan mushaf Usmani.
