GLOBAL SUMUD FLOTILLA: SOLAT HAJAT/QUNUT NAZILAH DI MASJID/SURAU SELIAAN JAKIM & JAWI

GLOBAL SUMUD FLOTILLA: SOLAT HAJAT/QUNUT NAZILAH DI MASJID/SURAU SELIAAN JAKIM & JAWI

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
 
GLOBAL SUMUD FLOTILLA: SOLAT HAJAT/QUNUT NAZILAH DI MASJID/SURAU SELIAAN JAKIM & JAWI
 
Susulan tindakan biadap Israel memintas dan menghalang pasukan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestin, agensi JAKIM dan JAWI telah diarah untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib dan juga esok, 3 Oktober selepas Solat Jumaat di semua masjid dan surau di bawah pentadbiran kedua-dua agensi ini.
 
Semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga akan membaca Khutbah Jumaat Khas berkaitan isu Palestin.
Saya mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri turut mengambil langkah yang sama.
 
Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
 
Sekian, terima kasih.
 
SENATOR DATO' SETIA DR. HJ. MOHD NA'IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
2 Oktober 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

032737
Hari ini: 65
Minggu Ini: 306
Bulan Ini: 6,533
Tahun Ini: 32,737
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.