AMANAT MENTERI AGAMA

AMANAT MENTERI AGAMA

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM meneruskan program Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) untuk membantu para pelajar yang menghafal Al-Quran. 

Pada hari ini YB Dato Setia Dr Naim Menteri Agama telah menyampaikan amanat kepada pelajar huffaz tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jakim 2024. 

Menurut beliau tahun ini seramai 82 pelajar yang menerima pembiayaan dari skim ini. Mereka ini akan menyambung pengajian di peringkat sarjana dan sarjana muda di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Jelasnya lagi ini merupakan amanah kepada pelajar huffaz untuk belajar bersungguh-sungguh mengangkat martabat ahli Al-Quran.

Menjadi impian dan cita-cita setiap Ibu bapa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak, antaranya dengan menjadi penghafal Kalamullah, mendorong anak-anak untuk menjadi Hafiz dan Hafizah Al Quran, ini kerana fadhilat serta kemuliaan yang besar dari Allah swt bagi penghafal-penghafal Al Quran yang disebut dengan gelaran Ahlillah atau ahli-ahli VVIP Allah S.W.T. Sabda Nabi:-

:عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ : هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ. أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

“Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘Ahli VIP’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda bersabda: “Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah VIP Allah yang terpilih.”
(HR. Ibn Majah)

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

028912
Hari ini: 207
Minggu Ini: 3,334
Bulan Ini: 2,708
Tahun Ini: 28,912
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.