KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Saya memandang serius laporan penahanan seramai 203 lelaki berusia 19 hingga 60 tahun di sebuah premis di Jalan Raja Laut sebagaimana dilaporkan media. Kes ini membabitkan aktiviti tidak bermoral serta bercanggah dengan nilai agama, tatasusila masyarakat serta undang-undang negara.
 
Tindakan ini merupakan hasil operasi bersepadu "OPS SONGSANG" oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi sahabat termasuk DBKL, KKM serta JAWI. Pemeriksaan dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang termasuk bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] antaranya:
• Seksyen 25 – Liwat
• Seksyen 47 – Percubaan melakukan liwat
 
Selain itu, tindakan turut diambil di bawah peruntukan Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu Seksyen 377A dan 377B berkaitan kesalahan seksual terhadap tabii manusia.
 
Pihak operasi menemukan premis tersebut beroperasi dengan lesen sah sebagai gimnasium, sauna dan pusat kecergasan, namun dipercayai menjalankan aktiviti promosi yang bercanggah dengan undang-undang dan akhlak. Susulan itu, proses pembatalan lesen oleh DBKL sedang dilaksanakan di bawah bidang kuasa perlesenan pihak berkuasa tempatan.
 
Lebih 200 individu diperiksa dan notis arahan hadir memberi keterangan (SPH) dikeluarkan kepada pengunjung beragama Islam bagi tujuan siasatan lanjut mengikut peruntukan akta berkaitan.
 
Saya turut mengambil maklum laporan bahawa sebilangan individu yang dikenal pasti adalah penjawat awam, sesuatu yang amat membimbangkan dan menuntut pendekatan lebih agresif dalam intervensi akhlak dan integriti perkhidmatan awam.
 
Sehubungan itu, saya menegaskan komitmen berikut:
1. Mendukung penuh tindakan penguatkuasaan PDRM, DBKL dan JAWI dalam usaha membanteras aktiviti tidak bermoral serta salah laku seksual. Hasil siasatan penuh akan dirujuk kepada agensi berkaitan bagi maksud tindakan lanjut seperti pendakwaan.
2. Saya mengarahkan JAKIM & JAWI bersama agensi berkaitan memperkukuh program pencegahan, advokasi akhlak dan pendidikan nilai khususnya kepada golongan belia, profesional dan komuniti bandar.
 
Saya menyeru masyarakat untuk tidak menormalisasi maksiat dan tidak memandang ringan isu keruntuhan moral yang boleh merosakkan generasi dan maruah negara. Kita mendambakan sebuah Malaysia maju yang tinggi akhlaknya, kuat jatidirinya dan diredhai Tuhan.
 
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada kerosakan akhlak dan memberi taufik untuk kembali kepada fitrah serta nilai yang suci.
 
DATO' SETIA DR. HAJI MOHD NA'IM BIN HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
29 November 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016744
Hari ini: 179
Minggu Ini: 1,549
Bulan Ini: 1,884
Tahun Ini: 16,744
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.