- Semua dakwaan yang ditularkan adalah palsu dan tidak berlandaskan sebarang fakta. Penyebaran fitnah adalah satu kesalahan dari sudut undang-undang dan bertentangan dengan nilai Islam yang menuntut keadilan serta larangan keras terhadap tohmahan.
- Tindakan undang-undang diambil menurut hak saya sebagai warganegara. Tujuannya bukan untuk menghukum sesiapa secara peribadi, tetapi untuk memastikan ruang digital tidak disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian, manipulasi persepsi dan meruntuhkan kepercayaan masyarakat melalui maklumat palsu.
- Saya menghormati proses undang-undang. Tindakan seterusnya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak guaman mengikut lunas peruntukan undang-undang sedia ada.
- Fokus utama saya kekal kepada tugas amanah sebagai seorang Menteri. Saya akan terus memberikan tumpuan kepada agenda Malaysia MADANI, pengukuhan syiar Islam, pemerkasaan institusi agama serta kebajikan ummah di seluruh negara.
Hubungi Kami
Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor
Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com
Jumlah Pengunjung

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,
Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.