SEPERTI APAKAH MALAIKAT ITU?

SEPERTI APAKAH MALAIKAT ITU?

Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".  (Al-An'aam : 158)
 
Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah menyalahi perintah  Allah dan hidup dalam dimensi yang berbeza dari manusia. Tidak seperti manusia, malaikat diciptakan bukan untuk diuji. Allah menciptakan mereka sebagai makhluk yang tidak pernah berbuat salah. Mereka diberi tugas yang berbeza-beza.
 
Meraka mengerjakan tugas-tugas tersebut dengan saksama. Jibril ditugaskan untuk menyampaikan wahyu-wahyu Allah kepada nabi-nabi-Nya. Ada malaikat pencatat di kedua sisi manusia yang mencatat segala perbuatan yang dilakukannya. Ada malaikat yang ditunjuk untuk mencabut nyawa manusia pada waktu kematiannya. Ada malaikat penjaga neraka yang bertugas mengawasi agar penghuni neraka mengalami siksaan yang berat.
 
Allah menyatakan bahawa para malaikat merupakan abdi-abdi-Nya (lihat surah An-Nisa’, 4: 172 dan surah Ali Imran, 3: 18). Malaikat adalah makhluk yang selalu mematuhi perintah Allah. Al-Quran melukiskan penciptaannya sebagai berikut (lihat QS Fatir, 35: 1). Dalam ayat tersebut dapat kita lihat dari penggambaran bentuk malaikat jauh berbeza dengan manusia. Allah memerintahkan agar memerhatikan bentuk-bentuk ciptaan yang berbeza dalam ayat di atas, lihat QS An-Nahl, 16:49-50, QS At-Tahrim, 66:6.
 
Selain itu, malaikat diciptakan sebelum manusia. Ternyata, Allah memberitahu para malaikat ketika Dia akan menciptakan Adam, manusia pertama, dan memerintahkan mereka bersujud kepadanya. Pada saat yang sama, Allah memberi Nabi Adam a.s, pengetahuan yang berbeza dengan yang dimiliki para malaikat, dan mengajarkannya nama-nama benda. Para malaikat tidak memiliki pengetahuan itu. Seperti dinyatakan Al-Quran, QS Al-Baqarah, 2: 30-34.
 
Al-Quran juga menyatakan bahawa jin, sama seperti malaikat, juga diciptakan sebelum manusia. Ketika menciptakan Nabim Adam a.s., Allah memerintahkan malaikat dan jin bersujud di hadapan Adam. Setelah itu, Dia mengungkapkan bahawa syaitan adalah salah satu jin, QS Al-Kahf, 18: 50. (Harun Yahya, Cara Cepat Meraih Keimanan, 2005)

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016743
Hari ini: 178
Minggu Ini: 1,548
Bulan Ini: 1,883
Tahun Ini: 16,743
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.